Welcome(:

Wednesday 16 May 2012

Menyanyi

LALALA ~
Siapa yang tak pernah nyanyi? Hah?? Tak pernah?? Eleh .Semua orang pernah menyanyi lah kan? TIPU kalau ada yang cakap tak pernah nyanyi. Kecuali dia bisu lah. Tak kira lah kita nyanyi masa mandi ke, masak ke, makan ke __" Satu perkara yang pelik ialah bila someone tu ada loghat, macam orang yang belah belah utara tu, bila diorang menyanyi mesti loghat diorang hilang. Perasan tak? Even masa diorang bertutur, loghat lah yang paling susah nak hilang. Kan? Except dikir barat lah. Bukan apa, bila dah duduk kat kolej, memang korang akan jumpa bermacam macam jenis orang. Ada yang berloghat utara, ada yang loghat timur, ada yang gagap, Johor takde loghat lah kan. Ada jugak yang menyanyi sambil goyang goyang kepala, yang jenis nyanyi kuat kuat macam nak pecah dengar. Sedap takpe. Ada yang pasang lagu kuat kuat tak ingat dunia. Nak dengar kuat kuat pakai lah earphone. Ingat orang lain nak dengar ke? Haih. And ramai lagi jenis orang yang kita sendiri akan kagum dengan keunikan diorang diorang ni semua. And setakat ni, tak ada lagi dengar orang nyanyi lagu JASON MRAZ ke, ZAMANI ke or even lagu AWIE sekalipun, siap dengan loghat. Mesti clear je dengar. Tapi bila berbicara, loghat datang balik. Kenapa ya? Haaa, 1001 persoalan :D


*tiada kena mengena sama ada yang masih hidup,
  ataupun yang sudah tiada .

No comments:

Post a Comment