Welcome(:

Wednesday, 16 May 2012

Menyanyi

LALALA ~
Siapa yang tak pernah nyanyi? Hah?? Tak pernah?? Eleh .Semua orang pernah menyanyi lah kan? TIPU kalau ada yang cakap tak pernah nyanyi. Kecuali dia bisu lah. Tak kira lah kita nyanyi masa mandi ke, masak ke, makan ke __" Satu perkara yang pelik ialah bila someone tu ada loghat, macam orang yang belah belah utara tu, bila diorang menyanyi mesti loghat diorang hilang. Perasan tak? Even masa diorang bertutur, loghat lah yang paling susah nak hilang. Kan? Except dikir barat lah. Bukan apa, bila dah duduk kat kolej, memang korang akan jumpa bermacam macam jenis orang. Ada yang berloghat utara, ada yang loghat timur, ada yang gagap, Johor takde loghat lah kan. Ada jugak yang menyanyi sambil goyang goyang kepala, yang jenis nyanyi kuat kuat macam nak pecah dengar. Sedap takpe. Ada yang pasang lagu kuat kuat tak ingat dunia. Nak dengar kuat kuat pakai lah earphone. Ingat orang lain nak dengar ke? Haih. And ramai lagi jenis orang yang kita sendiri akan kagum dengan keunikan diorang diorang ni semua. And setakat ni, tak ada lagi dengar orang nyanyi lagu JASON MRAZ ke, ZAMANI ke or even lagu AWIE sekalipun, siap dengan loghat. Mesti clear je dengar. Tapi bila berbicara, loghat datang balik. Kenapa ya? Haaa, 1001 persoalan :D


*tiada kena mengena sama ada yang masih hidup,
  ataupun yang sudah tiada .

Haisyy !

Hadoii , bengangnya . Cuba bayangkan katil yang empuk dan lena dibuat tidur , yang sepatutnya jadi tempat yang bersih supaya kita selesa tidur , jadi port KAKI KAKI yang sering digoyang goyangkan sambil buat kerja. Bukan tak tegur dah banyak kali dah pun. Tengah tengah buat kerja atas katil dengan laptop , digoyang goyang kaki tu. Dah lah pijak tempat kita. Haih. Bukan tanak buat kerja kat meja, meja pun penuh barang dia. Dahlah, malas nak rungut panjang panjang.

*tak paham __"

Monday, 14 May 2012

Hilang !

TENGOK NI !

Pernah tak terjadi, bila kita cari something, tak kesah lah dalam drawer or bilik, or mana mana lah. Kita akan jumpa banyak barang lain yang tak diperlukan sedangkan yang dicari tak jumpa? Then mesti kita akan ignore je benda tu dan meneruskan usaha pencarian barang yang dicari tu. Tapi, at sometimes, when we really need the things, kita tak boleh nak dapat jumpa barang tu. Kan? so, moral of the story, kena lah amalkan budaya SISTEMATIK. Dengan cara ni, segala barang yg disimpan mudah dicari pabila diperlukan (:

*Saya pengamal budaya 11S,
Sabar,Seni,Senyum,Segak,Sistematik,Segera,Sahih,Sensitif,Saksama,Semangat, Seronok(:

Wahhh !

SELAMAT ULANG TAHUN !

Hari ini hari yang istimewa bagi KKTM Rembau, atau lebih feymes dengan gelaran MADS (MARA Art & Design School) sebab tanggal 14 May merupakan ulang tahun ke-4 kolej ini ditubuhkan. YEAH ! Tepuk tangan sikit . *Clapping . Tahniah ! Rupanya, dalam masa yang pendek ni , ramai pelajar yang dah dihantar keluar negara, insyallah Batch Jan Jun 2012 pun boleh pergi malah lagi ramai. Amin~ Tadi baru habis majlis sambutan ulangtahun, so memang penat sikit + lapar. HUHUHU, so, going to Dewan Makan. Makan NASI AYAM ! sedap tuh, got to go. DAA !

Nampak seram kan?
*ignore kereta tu __"